Kerjaya muzik Mimi_Fly

Mimi mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air dengan menyertai sebuah program realiti TV yang disiarkan di TV3 iaitu Gangstarz musim kedua pada tahun 2008. Mereka berjaya menjadi juara didalam pertandingan tersebut mengalahkan kumpulan daripada negara luar. Pada tahun 2010, mereka menerbitkan album sulung mereka yang berjudul One Nation Emcees. Setelah itu, kumpulan ini kemudian berehat seketika daripada industri seni disebabkan komitmen terhadap keluarga dan kerja masing-masing. Keadaan itu menyebabkan Mimi mula bergerak solo dan menguruskan karier seninya sendirian. Mimi juga pernah menyertai sebuah lagi program realiti TV di Indonesia, iaitu D'Academy Asia sebagai wakil Malaysia disana.

Mimi dan kumpulan One Nation Emcees membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza 6 pada tahun 2019. Setelah hampir 11 minggu berjuang didalam GV6, mereka kemudian dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima. Namun, dua minggu setelah selesai membuat persembahan di GV6, Mimi kemudian mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan tersebut. Ini disebabkan Mimi ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada karier solonya selain daripada syarikat rakamannya mempunyai perancangn untuk karier solonya kelak.